1. Tempahan & Bayaran
- Deposit: Slot hanya akan disahkan (confirm) setelah bayaran deposit sebanyak RM50 diterima.
- Baki Bayaran: Baki bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada hari sesi penggambaran (sebelum sesi bermula).
- First Come, First Served: Kami tidak akan "hold" slot tanpa deposit.
2. Penjadualan Semula & Pembatalan
- Pembatalan: Deposit tidak akan dipulangkan (non-refundable) jika pelanggan membatalkan tempahan.
- Reschedule: Penukaran tarikh/masa tertakluk kepada kekosongan slot dan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya [7] hari sebelum tarikh asal.
3. Ketepatan Masa
- Pelanggan diminta hadir 30-45 minit lebih awal untuk persediaan diri.
- Sesi bermula mengikut waktu yang ditempah.
- Jika anda lewat, masa tersebut akan ditolak daripada jumlah durasi sesi anda tanpa pengurangan harga.
- Jika anda lewat melebihi masa sepatutnya, anda perlu membuat tempahan semula dan tempahan sebelum itu tidak akan dikembalikan bagi menghormati pelanggan lain yang tidak lewat.
4. Etika & Peraturan Studio
- Kapasiti: Maksimum Pax mengikut had konsep sahaja dibenarkan dalam satu sesi (termasuk kanak-kanak).
- Caj tambahan dikenakan untuk penambahan orang.(RM20 bagi setiap pax tambahan)
- Kebersihan: Sila pastikan pakaian dan kasut yang dibawa masuk ke kawasan backdrop adalah bersih.
- Kerosakan: Sebarang kerosakan pada peralatan studio atau dekorasi disebabkan kecuaian pelanggan akan dikenakan caj pembaikan/ganti rugi
5. Hasil Gambar & Editing
- Tempoh siap editing adalah dalam masa selewat lewatnya 2 hari bekerja.
- Pihak studio berhak menggunakan gambar hasil sesi untuk tujuan promosi (portfolio/sosial media) kecuali jika pelanggan meminta secara bertulis untuk tidak menerbitkannya.